Matius 25:14-30 Kesudahan Bagi Hamba yang Setia vs. Malas

Share:

Listens: 0

LEGASI.tv Podcast

Education


Konteks ibarat tentang talenta ini berkaitan dengan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua (lihat Matius 24 ayat 37, 39, 42 dan 44). Jika ibarat tentang sepuluh anak dara mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, ibarat ini menerangkan kepada kita BAGAIMANA untuk bersedia sementara menantikan kedatangan-Nya. Ini perkara yang serius kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan dan destinasi setiap manusia samada akan menikmati kehidupan kekal atau menanggung hukuman selama-lamanya (Matius 25:30, 46). Persoalannya: Adakah kamu hamba yang baik dan setia? Atau, hamba yang zalim dan malas? ?⏳⌛ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius